Monday, April 26, 2010

Kuliah Subuh Ustaz Rahmat: Hakikat Kawan


Al Mulk ayat 1 dan 2


Point-point penting
  1. Dalam ayat kedua Al Mulk tadi, Allah suruh kita ambil peluang cipta prestasi terbaik
  2. Biasanya kalau dapat benda kita suka dan akan bersyukur (Ya ka?)
  3. Tapi kalau dapat benda yang kita tak suka time ni lah kita kena sabar dengan harapan benda ni akan jadi kafarah kepada dosa-dosa kita
  4. Dalam hidup ini kita jumpa pelbagai jenis manusia. (kalau yang tak nak jumpa orang, orang pun tak nak jumpa kita)
  5. Bila manusia ni jumpa mesti ada tujuan. Tujuan tu nak buat ma'ruf ke nak buat mungkar?
  6. Hanya jumpa adhoc ja tak dak tujuan kot. (sebab tu dia panggil terr...jumpa.)
  7. Biasanya tujuan jumpa nak minta nasihat agama (ulama) ke ziarah orang sakit (orang sakit lah) ke, tanya soalan akademik (mungkin lecturer)ke ada hajat ke (ehem)
  8. Dengan lihat orang tu bergaul dengan siapa. Kita dapat tahu orang tu jenis apa
  9. TAPI, ada special case pula (tak nak over generalize kan) bukan semua jenis orang macam ni, ada yang kawan dengan orang jahat tapi sebenarnya baik. Kita lah orang tu, kita boleh control, tak sama dengan orang lain kan?
  10. Biasanya kawan kita mesti yang sama interest dengan kita. Jadi Kesimpulannya, orang baik akan berkawan dengan orang baik dan vice versa.
  11. Jadi apa kita boleh buat? Jadilah kunci kepada kebaikan!
  12. kalau ada peti besi yang dikunci, setiap orang kena target nak jadi anak kunci kebaikan kepada peti besi tadi. Dan celakalah anak kunci kejahatan
  13. kunci sahaja tak cukup! Kena jadi penghadang kejahatan sekali (kira ala-ala sekuriti system untuk peti besi tadi)
  14. Siapa yang berjalan menuju kebaikan dapat pahala sama dengan orang hok buat baik tu. Tapi biasanya kita harap orang lain lah buat. Kita kan special case tadi.
  15. "Woi, tegurlah cara baik, marah-marah ni kenapa?" TAPI, tak tengok yang diri sendiri tak pernah tegur langsung.
  16. Kalau kat Korea tu ada burung yang boleh detect defect. tapi tak boleh buat apa-apa. (nak jadi burung ke?)
  17. Sekarang ni, program sehari tu dah kira lama. Tak! Khutbah 15 minit pun dah lama. Tunggu baca doa pun tak sempat dah.
  18. Untuk jadi anak kunci kebaikan ni kita kena ada ikhlas dan ehsan. In short, benda baik kita sokong, benda jahat jangan sokong tapi halang lagi ada.

Wednesday, April 21, 2010

Kuliah Subuh Ustaz Dawi Cahyono: Zuhud terhadap dunia (Siri 2)




Surah Al-Hadiid ayat 20

20. Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.


Surah At-Takathur ayat 1 hingga 5

1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

2. Sehingga kamu masuk kubur.

3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya Yang buruk semasa hendak mati)!

4. Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya Yang buruk pada hari kiamat)!

5. Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (Apa Yang kamu akan hadapi) - Dengan pengetahuan Yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara Yang menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat).




Point-point penting
  1. Masih lagi sambung hadith hari ini, dan semakin menyerlah bukti yang mengaitkan orang miskin ni lebih cepat masuk syurga berbanding orang kaya selama 500 tahun. Dalam hadith lain 40 tahun.
  2. Nabi Muhammad SAW ketika bangun dari berbaring bawah pokok nampak bekas bekas tikar (dari pelepah kurma kot) belang-belang kat badan dia. Jadi sahabat-sahabat kat situ (sama-sama miskin) tawarkan nak beli tilam untuk nabi.
  3. Ada seorang sahabat ni khabar dia mencintai Nabi Muhammad SAW, sampai tiga kali repeat, lepas tu, Nabi Muhammad SAW beritahu yang orang yang cintai dia akan menghadapi kemiskinan lebih cepat lagi daripada air bah yang jatuh ke dalam jurang.
  4. Tapi, Nabi Muhammad SAW menolak, sebab dunia ini bukan untuk Nabi Muhammad SAW. Maknanya Nabi Muhammad SAW tak nak kejar dunia.
  5. Kalau Nabi Muhammad SAW nak kaya dah lama dah, dengan harta rampasan perang pun ada bahagian nabi, tapi kenapa masih miskin? Kerana kezuhudan Nabi Muhammad terhadap dunia.
  6. Hari tu (UTP masih lagi USM), ketika peralihan USM ke Transkrian, banyak tilam-tilam lebih yang tak nak di pakai. UTP tak nak, USM pun dah ada baru.
  7. Idea asalnya nak lelong saja tilam. Tapi takkan nak lelong tilam terpakai kan. Jadi ustaz cadangkan supaya di sedeqahkan kepada pondok-pondok, asrama anak yatim dan sewaktu dengannya. mereka setuju dengan syarat tiada melibatkan apa-apa kos.
  8. Sampai di Pondok Pak Teh, walaupun akan di bawa lori untuk dipilih tilam mana yang hendak, Pak Teh menolak kerana risau tilam yang selesa ini menjadikan pelajar-pelajar selesa sangat tidur sampai nak bangun pun susah.
  9. Jadi Ustaz cadangkan agar tilam ini di berikan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Pak Teh setuju, lagipun memang islam mengajar kita memuliakan tetamu.
  10. Ustaz sambung lagi, kalau orang miskin hanya 3 rukun islam saja wajib iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat 5 waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan tak wajib zakat malah golongan yang layak terima zakat lagi dan tak wajib mengerjakan haji
  11. Tapi zaman sekarang, perlu juga kepada kekayaan baru boleh keluar zakat, pergi haji, sedeqah jariah (ya ke akan sedeqah?).
  12. Kalau nak sedeqah ni kena train dari kecil, dulu time sekolah every week 50 sen, up sikit naik sekolah menengah every week RM 1, masuk Universiti up lagi every week RM 5, dah kerja esok-esok every week, RM 50? naik gaji, every week RM 100? dah pencen, RM 200?

Tuesday, April 20, 2010

Kuliah Subuh Ustaz Dawi Cahyono: Zuhud terhadap dunia





Ustaz banyak terangkan pasal hadith untuk pagi ni, antaranya yang berjaya diingat adalah:

Ketika nak kebumikan Muash bin Umair selepas perang Uhud. kain wol kasar yang ada tu bila tutup kepala, nampak kaki, tutup kaki, nampak kepala. Jadi nabi suruh tutup kepala, kaki tutup dengan rumput.





Point-point penting
  1. Sebenarnya, wang yang kita simpan bukan lagi milik kita. Sebab, kalau mati sekarang, dapat kat isteri-isteri, anak-anak.
  2. Wang yang di kira milik kita adalah wang yang kita belanjakan untuk makan sehingga lapar kembali, wang yang digunakan untuk beli pakaian sehingga rosak pakaian tu, wang yang digunakan untuk beli tempat tinggal hingga roboh tempat tu. Wang yang digunakan untuk bersedeqah.
  3. Nabi dah lama risau pasal dua dugaan ni kepada umatnya iaitu kekayaan dan wanita (dalam hadith lain).
  4. Harta ni kalau di kumpul tak akan pernah cukup mesti nak tambah ja sampailah mati. dan harta tu akan jadi milik orang lain. Yang tinggal hanyalah amalan, sedeqah jariah dan doa anak-anak.

Saturday, April 17, 2010

Kuliah Subuh Ustaz Dawi Cahyono: Zuhud dan keutamaan miskin



Intro

Surah Yunus ayat 24

24. Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan Yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah Dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis Yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) Dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna Dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan Yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka Bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya Dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan Dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum Yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).


Surah Al-Kahfi ayat 45-46

45. Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: kehidupan dunia ini samalah seperti air Yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

46. Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh Yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas Yang memberi harapan.


Surah Ali Imran ayat 14

14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).









Outro

Point-Point Penting
  1. Orang Kaya ni kena hisab lagi lama dari orang miskin, Sebab harta dia banyak jadi kena tanya satu-satu dari mana dapat, dan kemana dibelanjakan
  2. Dunia yang semetara dan akan hancur ni ibarat syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang muslim
  3. Datanglah Kuliah Subuh kalau nak tahu lebih lagi. (Ye lah, macam ada orang baca ja. haha)

Thursday, April 15, 2010

Kuliah Subuh Ustaz Dawi Cahyono: Menangis kerana takut dan mengharapkan Allah



intro
Hari ni Ustaz Dawi mula bab baru iaitu Keutamaan menangis kerana takut dan mengharapkan Allah. Biasanya, kalau takut pada manusia kita akan lari jauh-jauh. Kalau boleh tak nak jumpa langsung. Tapi perasaan takut kepada Allah, mengajar kita semakin dekat dengan Allah. Sebab Allah Maha mengetahui apa dalam hati kita. Takut kepada Allah mengajak kita untuk melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.



Outro
ada (7) Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah di hari kiamat:

  1. Pemimpin yang adil
  2. Remaja yang selalu beribadah (mana tahu tak sempat jumpa masa tua kan)
  3. Orang-orang yang hatinya terpaut di masjid (kaki sejid)
  4. Orang-orang yang cinta-mencintai kerana Allah. bertemu dan berpisah kerana Allah.
  5. Orang yang mengatakan "sesungguhnya Aku takut kepada Allah" ketika di rayu oleh perempuan bangsawan dan rupawan. (walk da talk one)
  6. Orang yang bersedeqah sampai tangan kiri tak tahu apa yang di sedeqah tangan kanan
  7. Orang yang menangis kerana takutkan Allah

Point-point penting
  1. Nabi Muhammad SAW suruh seorang sahabat ni baca Quran sebab Nabi Muhammad SAW nak dengar. Tapi orang tu bagitahu yang Quran ni diturunkan kepada engkau macam mana aku nak baca? Bacalah sebab aku ingin mendengar Quran itu dibacakan. sahabat tadi pun baca surah An-nisa' sampai ayat "saksi ke atas kaumnya" Nabi menangis.
  2. Nabi Muhammad SAW time dengar orang baca Quran pun boleh nangis. Punya lah lembut hati Nabi Muhammad SAW
  3. Suatu hari Jumaat ni, Nabi berkhutbah lain dari yang lain, Kalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Dengar ayat ni, sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW menangis selalu. Punya lah lembut hati sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW
  4. Kalau UTP lain pula ceritanya, siap complain lagi kat ustaz yang khutbah tu panjang sangat. dah ikut text nak buat macam mana?
  5. lepas tu timbullah pulak cadangan spontan saja ustaz tak payah text-text ni.
  6. Ustaz Ok ja, tapi nanti ada pihak lain pula complain khutbah mesti ikut text! (macam manalah nak memuaskan hati manusia ni? Sebab tak pernah puas kan)
  7. Ironiknya, orang yang complain tu orang yang jarang nampak ke masjid (Don't worry, esok start gi masjid. There's a first time for everything lah.)
  8. Dah tu Solat Jumaat datang lambat (berborak di belakang dan kat luar masjid). Student dengan cara dia. Staff pun dengan geng dia.
  9. Kalau kat masjid luar sana pula, berebut-rebut datang ke masjid awal. Kenapa? tak nak solat kat luar, panas! (Alhamdulillah ada aircond kat UTP, datang lambat pun masih teduh lagi kan.)
  10. Jom tengok ada perubahan ka solat Jumaat hari ni (macam la ada orang baca blog ni)

Wednesday, April 14, 2010

Kuliah Subuh Ustaz Dawi: Memadukan Berharap kepada Allah dengan Takut kepada Allah



intro

Surah Al-A'raf ayat 99

99. Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) Yang diatur oleh Allah? kerana sebenarnya tidak ada Yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) Yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang Yang rugi.


Surah Yusuf ayat 87

87. Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".


Surah Ali-Imran ayat 106

106. (ingatlah akan) hari (kiamat Yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. adapun orang-orang Yang telah hitam legam mukanya, (Mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu".


Surah Al-Infithar ayat 13-14

13. (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa Yang berbakti dan siapa Yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang Yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada Dalam syurga Yang penuh nikmat;

14. Dan Sesungguhnya orang-orang Yang bersalah, bertempat Dalam neraka Yang menjulang-julang.


Al-Qariah

1. Hari Yang menggemparkan,

2. Apa Dia hari Yang menggemparkan itu?

3. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Yang menggemparkan itu? -

4. (hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu Yang terbang berkeliaran,

5. Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu Yang dibusar berterbangan.

6. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang Yang berat timbangan amal baiknya, -

7. Maka ia berada Dalam kehidupan Yang senang lenang.

8. Sebaliknya orang Yang ringan timbangan amal baiknya, -

9. Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"

10. Dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia "Haawiyah" itu?

11. (Haawiyah itu ialah): api Yang panas membakar.


Point-point penting (yang masih ingat):

  1. Kisah Nabi Musa yang membawa kaum nya bani Israel dari genggaman Firaun yang kejam. then, bila sampai di penghujung jalan (dead end). Kat depan ada laut merah, kat belakang ada askar firaun.
  2. Masa ni pun dah ada orang tak percaya, takut kat firaun dari takutkan Allah. Lagi suka serah diri dari berharap kepada Allah. bila ditanya kepada Nabi Musa AS nak buat macam mana ni? mana Tuhan kamu tak tolong pun? Sesungguhnya Allah bersamaku jawab nabi Musa.
  3. Time Allah suruh Nabi Musa AS ketuk tongkat, bukanlah tongkat itu yang membelah laut, tapi yang melakukannya adalah Allah. tongkat tu nothing ja.

P.S: My brains need more training la. target 10 point minimum for each post. (status: fail)

Kuliah Subuh Ustaz Rahmat: Nilai RM1



Sorry sangat-sangatlah kepada pembaca blog (walaupun tahu takdak orang baca pun) tak dapat cerita pendek harini. cerita ringkas pun jadilah.



Cerita ringkanya begini.

  1. Cuba bayangkan keadaan umat islam kat negara jiran, macam Indonesia, nak cari orang menyumbang cukup mudah, berjuta-juta tu.
  2. Tapi di sini, nak sedeqah itu bukan amalan biasa, kalau dapat keluar seringgit itu sudah cukup bagus. ya ka?
  3. Namun seringgit mana lagi bernilai? Seringgit seorang eksekutif (atau bakal) OR seringgit seorang mak cik cleaner?
  4. Sudah pasti seringgit mak cik cleaner. Tak Phercaya? Pasal they earn less but they still give something valuable to them. So, the more valuable the better lah.
  5. Kaedah Ulama pula, kalau nak tahu amalan mana yang lagi valuable ialah the one that is very hard to do lah. Balik-balik tanyalah hati masing-masing. Pasal hati yang buat decision kan? Tak Pasti?(baca ni). Contohlah, nak sedeqah seringgit ke dua ringgit? yang mana lagi susah? yang tu la yang lagi valuable. E.g. lain, nak tolong cegah couple malam-malam ke tidur? Nak tengok bola ke dengar kuliah?