Tuesday, April 13, 2010

Kuliah Maghrib Ustaz Rahmat: Masalah Hati



Dalam diri manusia ni ada segumpal daging, kalau baik daging ni, maka baiklah segala isi yang lain, tapi kalau buruk daging ni, maka buruklah segala isi yang lain. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati.

Hati kat sini bukan 'Liver' yang macam kastam untuk segala Makanan-makanan yang ditelan. tetapi dalam bahasa arabnya jantung. TAPI, still bukan jantung yang ingin dimaksudkan. Sebenar-benarnya benda ni adalah Jiwa kita.

Bahasa Arab Jiwa ni Nafs. tapi Nafs bukan nafsu. Sebab nafsu pulak dalam bahasa arab hawa. tapi hawa ni bukan pulak kaum hawa. kaum hawa itu hhhawa. tapi nafsu pulak hhaawa. (kalau tak faham pergi la tanya ustaz. you dont believe everything you read on the innernet no?)

Baik, macam mana syaitan nak kacau hati manusia. sedangkan kita ni ada total control of ourselves? Sebab dia ada di dalam vein darah manusia. inilah yang dikatakan dalam Surah An-Nas surah ke 114 (surah last dalam Quran..kalau tak tahu lagi bukak la kitab) ayat 4 dan 5.

Surah An-Nas ayat 1 dan 5.

@è% èŒqããr& Éb>tÎ/ Ĩ$¨Y9$# ÇÊÈ Å7Î=tB Ĩ$¨Y9$# ÇËÈ Ïm»s9Î) Ĩ$¨Y9$# ÇÌÈ `ÏB Ìhx© Ĩ#uqóuqø9$# Ĩ$¨Ysƒø:$# ÇÍÈ Ï%©!$# â¨ÈqóuqムÎû Írßß¹ ÄZ$¨Y9$# ÇÎÈ z`ÏB Ïp¨YÉfø9$# Ĩ$¨Y9$#ur ÇÏÈ

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

2. "Yang Menguasai sekalian manusia,

3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -

5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -


Jadi Syaitan ni boleh bisik-bisik je. tak effect kita pun (ya ka?). Habis yang buat decision siapa? akal ka? BUKAN! tapi yang buat decision adalah hati atau jiwa kita. Nak senang faham macam ni lah. pergi tengok Teater Bangsawan Tuah Hang Jebat? Tak?

Saya pun tak pergi. Tapi, basically kita tahu cerita-cerita, filem-filem dan yang sewaktu dengannya ada watak Protagonis (hero) dan antagonis (anti-hero). dan kalau hero ni mati last-last, maka runtuhlah panggung. Tapi bila hero menang, as expected from the hero lah.

Jadi dalam diri kita pun ada dua unsur ni, protagonis (akal) dan antagonis (hawa). Dua benda ni bisik-bisik je, tak boleh buat decision pun. yang buat decision is Hati/Jiwa.



isi penting

Ada tujuh cara macam mana Syaitan ini mempengaruhi manusia, bukak kitab Ihya Uhlumuddin karangan Imam Al Ghazali.

Nombor 1: Membuat manusia meninggalkan Allah. Straigt to da point, takdak daleh-daleh dah. ni peringkat first wave baru, kuli batak punya syaitan ni. Kalau cair jugak, Please try again later lah.

Nombor 2: Memujuk-mujuk manusia dengan ayunya supaya tinggalkan buat ibadah ni semua. membazir masa. Ingat duduk kat dunia ni kejap je, so kena enjoy (pergi U4 ke...). Kalau beribadah saja time bila nak enjoy. Nanti dah puas enjoy, tua-tua esok start la ibadah.

Nombor 3: Menyuruh manusia melakukan ibadah dengan banyak. Baik punya Syaitan ni. suruh orang buat ibadah banyak-banyak. tapi, kalau orang yang faham godaan syaitan style ni, dia akan kata, Ibadah itu biarlah sedikit tetapi sempurna. (Nota: bukan bermaksud buat lah ibadah sikit-sikit. Tapi nak buat satu benda tu biarlah sempurna rukunnya. Orait?)

Nombor 4: Syaitan ni lagi baik, suruh orang beribadah dengan sempurna tapi depan orang je lah. Belakang orang buat apa? Tak dak sapa tau kan? Cara nak handle syaitan ini "Tiada guna beribadah depan manusia sebab bukan dia yang beri pahala kan?"."

Nombor 5: Syaitan suruh kita beribadah biarlah orang tak nampak. hah ok jugak tu kan. baru lah ikhlas. kalau ada orang je cepat-cepat stop. Nanti kantoi pulak buat ibadah. Tapi kalau orang yang dah tahu style syaitan jenis ni, dia akan cakap yang orang nampak or tak nampak bukan urusan kita, tapi itu urusan Allah. Kita serahkan kepada Allah. tak payah serabut kepala nak fikir cover-cover line lagi.

Nombor 6: Syaitan ni suka sangat kita buat ibadah, dia kata hebat syeikh/wali/tok guru ni buat ibadah, setanding ulama terkemuka, tak ada dah orang dalam dunia ni boleh lawan engkau. Hebat sungguh. Tapi kalau ko dah tau jenis godaan sebegini, ko akan cakap " Cukuplah Allah untukku, segala puji hanya untuk Allah". Sehebat mana pun kita, pasti ada orang lagi hebat.

Nombor 7: Ni Boss last, Syaitan ni psycho sikit, ko ibadah la banyak mana pun, kalau Allah dah tetapkan syurga, ko akan masuk syurga so relaks lah. take it easy meh. OR ko buatlah ibadah banyak mana pun kalau Allah dah takdirkan engkau masuk neraka tak kemana juga. jatuh jugak la. In short, syaitan ni suruh kita berputus asa dari Allah. Cara nak tackle syaitan ini adalah dengan ayat "kalau aku ditaqdirkan syurga maka ibadah ini insyaAllah tanda aku bersyukur denganmu. Tapi jika aku ditaqdirkan neraka, maka ibadah ini insyaAllah dapat meringkan kan bebanku di neraka"

P.S: peringkat cabaran semakin meningkat dari satu (kuli syaitan) ke tujuh (boss syaitan)

P.P.S: Sorry tiada point form la, panjang sangat dah.

No comments:

Post a Comment

Comment and Critique