Tuesday, April 20, 2010

Kuliah Subuh Ustaz Dawi Cahyono: Zuhud terhadap dunia





Ustaz banyak terangkan pasal hadith untuk pagi ni, antaranya yang berjaya diingat adalah:

Ketika nak kebumikan Muash bin Umair selepas perang Uhud. kain wol kasar yang ada tu bila tutup kepala, nampak kaki, tutup kaki, nampak kepala. Jadi nabi suruh tutup kepala, kaki tutup dengan rumput.





Point-point penting
  1. Sebenarnya, wang yang kita simpan bukan lagi milik kita. Sebab, kalau mati sekarang, dapat kat isteri-isteri, anak-anak.
  2. Wang yang di kira milik kita adalah wang yang kita belanjakan untuk makan sehingga lapar kembali, wang yang digunakan untuk beli pakaian sehingga rosak pakaian tu, wang yang digunakan untuk beli tempat tinggal hingga roboh tempat tu. Wang yang digunakan untuk bersedeqah.
  3. Nabi dah lama risau pasal dua dugaan ni kepada umatnya iaitu kekayaan dan wanita (dalam hadith lain).
  4. Harta ni kalau di kumpul tak akan pernah cukup mesti nak tambah ja sampailah mati. dan harta tu akan jadi milik orang lain. Yang tinggal hanyalah amalan, sedeqah jariah dan doa anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Comment and Critique