Monday, April 5, 2010

Kuliah Subuh Ustaz Dawi Cahyono: Takut Kepada Allah


Ayat 1 - Al Zilzal ayat 3 sampai 5

tA$s%ur ß`»|¡RM}$# $tB $olm; ÇÌÈ 7Í´tBöqtƒ ß^ÏdptéB $ydu$t7÷zr& ÇÍÈ ¨br'Î/ š­/u 4Óyr÷rr& $ygs9 ÇÎÈ

3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa Yang sudah terjadi kepada bumi?"

4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).

Ayat 2 - Al Humazah ayat 5 sampai 7

!$tBur y71u÷Šr& $tB èpyJsÜçtø:$# ÇÎÈ â$tR «!$# äoys%qßJø9$# ÇÏÈ ÓÉL©9$# ßìÎ=©Üs? n?tã ÍoyÏ«øùF{$# ÇÐÈ

5. Dan apa jalannya Engkau dapat Mengetahui, apa Dia "Al-Hutamah" itu?

6. (Al-Hutamah) ialah api Allah Yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

7. Yang naik menjulang ke hati;

Ayat 3 _ Yasin ayat 65

tPöquø9$# ÞOÏFøƒwU #n?tã öNÎgÏdºuqøùr& !$uZßJÏk=s3è?ur öNÍkÉ÷ƒr& ßpkôs?ur Nßgè=ã_ör& $yJÎ/ (#qçR%x. tbqç6Å¡õ3tƒ ÇÏÎÈ

65. Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.





Point-point penting

  1. Di akhirat manusia ni berpeluh sampai ke telinga. Lemas dengan peluh
  2. Tengok kanan amalan baik kita, tengok kiri amalan buruk kita, sedangkan di depan kita adalah api neraka. Mata bulat-bulat tengok api neraka tak tengok orang sebelah dah.
  3. Nabi tanya sahabat, "Tahu tak bunyi apa tu?". Sahabat jawab, " Allah dan Rasul lebih mengetahui". itulah bunyi batu yang dicampakan 70 tahun lepas dari jurang neraka yang baru sahaja jatuh ke dasar neraka Hutamah (dalam surah Al-Humazah surah ke 104, ayat 5 sampai 9).
  4. Cuba bayangkan manusia yang kena campak dalam neraka. 70 tahun baru sampai ke dasar.
  5. Bumi boleh menyampaikan beritanya dengan perintah Allah, luruh langit, bergoncang bumi dan dasyat lagi.
  6. Di hari akhirat nanti, tangan dan kaki jadi saksi apa yang kita buat di dunia. Dan kulit jadi saksi apa kita sentuh.
  7. Bumi tahu kat mana kita, sebab kita berpijak pada bumi.




No comments:

Post a Comment

Comment and Critique