Intro
24. Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan Yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah Dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis Yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) Dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna Dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan Yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka Bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya Dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan Dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum Yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).
45. Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: kehidupan dunia ini samalah seperti air Yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
46. Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh Yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas Yang memberi harapan.
14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Outro
- Orang Kaya ni kena hisab lagi lama dari orang miskin, Sebab harta dia banyak jadi kena tanya satu-satu dari mana dapat, dan kemana dibelanjakan
- Dunia yang semetara dan akan hancur ni ibarat syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang muslim
- Datanglah Kuliah Subuh kalau nak tahu lebih lagi. (Ye lah, macam ada orang baca ja. haha)
No comments:
Post a Comment
Comment and Critique