Friday, April 9, 2010

2 Hours Self Improvement Series: Cabaran dan Harapan Anda dan Zuriat Masa Depan


Saya pergi talk ni dengan kawan-kawan yang inginkan kelainan selain mendengar lecture-lecture 'biasa' yang ada di universiti. Yang menariknya, speaker ni suruh panggil dia Umi, sama macam Pengetua kat sekolah dulu.



Ok macam biasa. Point Point penting saja aku record. (Nak ilmu lebih tak boleh duduk dan google saja. Dan takkan la ko percaya 100% apa aku cerita ni):

  1. Anak hasil zina semakin ramai setiap tahun. (tak phercaya rujuklah jabatan pendaftaran negara)
  2. Orang muda ni lagi bagus dari kita sebab dia baru je lahir, sikit lagi dosa dari kita
  3. Orang tua pun lagi bagus sebab dia lagi banyak buat pahala dari kita
  4. Orang bodoh pun OK lagi buat dosa sebab dia tak tahu itu berdosa ke tak, tapi kita yg 'cherdik' ni dah tahu itu dosa tapi buat jugak.
  5. Azab Allah ni kalau datang tak pilih orang, semua kena.
  6. Pengalaman pertama untuk tegur orang dari buat dosa memang sangat berat dan susah. kadang tu boleh ambil masa seminggu just to think about what to say. Tapi life must go on, takkan nak duduk di tangguk yang sama.
  7. Lagi satu, jangan marah-marah, gunalah akal pemikiran yang waras dalam memberi nasihat.
  8. Sepatutnya siapa yang bhaca ni tapi tak rasa bersalah lagi (sebab tak start2 lagi nak berubah). Mungkin la hati kita tu dah keras. Senang je nak bagi lembut, pergi la solat kat masjid ke, borak-borak dengan ustaz ke, tak pun zikir la dengan ikhlas.
  9. Pastu ajak orang lain sekali, jangan buat sorang-sorang pulak. Takkan la nak tunggu jadi baik baru nak ajak orang sebab kita ni memang sampai mati pun tak baik-baik. no?




No comments:

Post a Comment

Comment and Critique