Al Mulk ayat 1 dan 2
Point-point penting
- Dalam ayat kedua Al Mulk tadi, Allah suruh kita ambil peluang cipta prestasi terbaik
- Biasanya kalau dapat benda kita suka dan akan bersyukur (Ya ka?)
- Tapi kalau dapat benda yang kita tak suka time ni lah kita kena sabar dengan harapan benda ni akan jadi kafarah kepada dosa-dosa kita
- Dalam hidup ini kita jumpa pelbagai jenis manusia. (kalau yang tak nak jumpa orang, orang pun tak nak jumpa kita)
- Bila manusia ni jumpa mesti ada tujuan. Tujuan tu nak buat ma'ruf ke nak buat mungkar?
- Hanya jumpa adhoc ja tak dak tujuan kot. (sebab tu dia panggil terr...jumpa.)
- Biasanya tujuan jumpa nak minta nasihat agama (ulama) ke ziarah orang sakit (orang sakit lah) ke, tanya soalan akademik (mungkin lecturer)ke ada hajat ke (ehem)
- Dengan lihat orang tu bergaul dengan siapa. Kita dapat tahu orang tu jenis apa
- TAPI, ada special case pula (tak nak over generalize kan) bukan semua jenis orang macam ni, ada yang kawan dengan orang jahat tapi sebenarnya baik. Kita lah orang tu, kita boleh control, tak sama dengan orang lain kan?
- Biasanya kawan kita mesti yang sama interest dengan kita. Jadi Kesimpulannya, orang baik akan berkawan dengan orang baik dan vice versa.
- Jadi apa kita boleh buat? Jadilah kunci kepada kebaikan!
- kalau ada peti besi yang dikunci, setiap orang kena target nak jadi anak kunci kebaikan kepada peti besi tadi. Dan celakalah anak kunci kejahatan
- kunci sahaja tak cukup! Kena jadi penghadang kejahatan sekali (kira ala-ala sekuriti system untuk peti besi tadi)
- Siapa yang berjalan menuju kebaikan dapat pahala sama dengan orang hok buat baik tu. Tapi biasanya kita harap orang lain lah buat. Kita kan special case tadi.
- "Woi, tegurlah cara baik, marah-marah ni kenapa?" TAPI, tak tengok yang diri sendiri tak pernah tegur langsung.
- Kalau kat Korea tu ada burung yang boleh detect defect. tapi tak boleh buat apa-apa. (nak jadi burung ke?)
- Sekarang ni, program sehari tu dah kira lama. Tak! Khutbah 15 minit pun dah lama. Tunggu baca doa pun tak sempat dah.
- Untuk jadi anak kunci kebaikan ni kita kena ada ikhlas dan ehsan. In short, benda baik kita sokong, benda jahat jangan sokong tapi halang lagi ada.
No comments:
Post a Comment
Comment and Critique