Sunday, May 2, 2010

Kuliah Subuh Ustaz Dawi Cahyono: Keutamaan lapar dan kesederhanaan hidup



intro
Sambungan lagi Kitab Siyarus Salihin karangan Imam Nawawi.

Banyak cerita kali ni, antaranya Cerita 1: Kurma sebutir seorang

  1. Nabi Muhammad SAW mengutus Abu Ubaidah dengan beberapa sahabat lain dengan bekal sekantong kurma saja untuk menjadi benteng daripada tentera quraish. Sebab apa sekantong kurma? Sebab tu ja yang ada.
  2. Seorang boleh sebutir kurma saja dan dengan sebutir ni Abu Ubaidah bagitahu hisaplah macam budak-budak lepas tu minum air. Harus bertahan sampai malam ni.
  3. Dan boleh tumbuk daun dengan tongkat, basahkan dengan air dan makan. Boleh tahan sampai sebulan tu dengan 300 orang. MasyaAllah. Amazing!
  4. Dalam perjalanan, Abu Ubaidah jumpa bangkai ikan sangat besar lagi panjang. Abu Ubaidah bagitahu Namun tiada apa-apa, kamu semua utusan Nabi Muhammad SAW, berjuang pada jalan Allah. Kalau dalam keadaan terpaksa, maka boleh makan bangkai ikan tu.
  5. Besarnya ikan tu sampai tulang rusuk dia unta boleh lalu kat bawah dia.
  6. Kesimpulan: tengok tajuk lah. *grins*

Cerita 2: Tanah keras perang Khandak (parit)

  1. Waktu perang khandak, sahabat jumpa tanah keras, tak boleh gali then sahabat jumpa Nabi Muhammad SAW.
  2. Nabi Muhammad SAW cakap aku akan gali
  3. Perut Nabi Muhammad SAW masa tu di balut dengan batu sebab dah masuk 3 hari tak makan.
  4. Bila Nabi Muhammad SAW angkat cangkul then pukul tanah tu then hancur tanah tu seperti debu yang di hanburkan.
  5. Seorang sahabat nampak Nabi tahan lapar sampai gitu, dia pun minta izin dengan Nabi Muhammad SAW untuk pulang ke rumah. (Escape ka?) Nabi Muhammad SAW izinkan
  6. Dia cerita kat isteri dia, saya tengok Nabi Muhammad SAW sangat lapar dan tak tahan lagi, kita ada makanan dop?
  7. Kita cuma ada sedikit gandum dan kambing, boleh buat roti cicah daging anak kambing. (delicious!)
  8. Dia pun pergi panggil Nabi Muhammad SAW sahaja sebab sikit kalau ajak semua tak cukup pula.
  9. Nabi Muhammad SAW, saya ada sedikit makanan, jemputlah ke rumah. Nabi Muhammad SAW berapa banyak makanan? Dia pun kabo apa yang ada.
  10. Nabi Muhammad SAW cukup banyak jangan angkat belanga dan roti sehingga aku datang.
  11. Nabi Muhammad SAW pun jemput semua sahabat kat situ pergi ke rumah sahabat tadi.
  12. Sahabat tadi dah jalan dulu dah nak warning isteri dia
  13. Nabi Muhammad SAW pun jemput sahabat masuk jangan beresak-esak.
  14. Nabi Muhammad SAW ludah pada adunan roti dan memberkahinya. Lepas tu panggil tukang rotu suruh dia bikin roti bersama kamu. tapi belanga tadi jangan angkat
  15. 1000 orang makan tapi semua kenyang dan dalam belanga terdengar masakan seperti semula dan adunan itu masih boleh dibuat roti seperti semula.

Cerita 3: Satu roti dan 70 orang makan
  1. Abu Talhah cerita pada Ummu Salamah isterinya. Ada apa-apa makanan untuk Nabi Muhammad SAW? dia pun bungkus roti, sisanya di berikan kepada Anas ajak Nabi Muhammad SAW datang.
  2. Sampai saja di rumah Nabi Muhammad SAW, Nabi ajak sekali sahabat-sahabat lain.
  3. Anas pergi dulu in advance bagi warning kat Abu Talhah. Ummi Salamah bagi tahu Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui
  4. Nabi Muhammad SAW dan Abu Talhah pun masuk dulu dan sahabat tunggu di luar. Bawa makanan yang dihidangkan. Ummu Salamah tunjuk kat roti dan Nabi Muhammad SAW suruh potong dan sapu dengan minyak samin, then Nabi Muhammad SAW baca Maasyaa Allahu Anyaquul
  5. Selepas itu dipersilakan 10 orang makan dahulu. Sampai kenyang, selepas itu dipersilakan 10 orang lagi makan, padahal jumlah mereka dalam 70-80 orang
  6. Banyak perawi berkaitan cerita ni sebab ada 70 orang yang makan tadi menjadi saksi. Kalau ukur dengan sains dan akal memang tak masuk akal. Itulah mukjizat Nabi Muhammad SAW
Point-point penting.

  1. Summarized lah sendiri, kalau ada sedikit rajin tolong lah summarized for other readers (Haha macam lah ada orang baca blog ni)


No comments:

Post a Comment

Comment and Critique