Agak mengantuk pada awal-awal kuliah jadi agak lost of information disitu. Tapi usah gusar, benda yang tak boleh buat semua jangan tinggal semua. So, mana yang sempat tu kita share-share lah.
Ehsan ni dalam hal sembelihan pun kena ambil kira. Bagaimana? dengan menggunakan pisau yang tajam dan merehatkan sembelihan.
Ehsan ni kalau kita ingat-ingat balik di sekolah ustazah bagitahu ehsan ni kita buat ibadah seolah-olah Allah itu depan kita. Dan kalau kita tak nampak pun sesungguhnya Allah nampak kita.
Di kiaskan Ehsan ni macam profesionalisme. Ada 2 perkara yang menjadikan profesionalisme. Pertama, kompetensi tahap tinggi dan yang keduanya kerjaya.
Kiasannya macam ni, Ibadah ni tak profesional melainkan kena dengan syarak dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Solat yang profesional akan disertakan dengan batiniah kerana solat bukan di nilai pada zahirnya saja tapi batin included.
Kiasan dua, pembeli yang nak beli kerepek ubi pedas sekilogram. Maka kita akan timbang betul-betul 1kg, tak lebih tak kurang. Tapi kalau dengan sifat ihsan, kita beri lebih sebagai hadiah, 1.05kg ke. Ehsan itu adalah that extra RM.
Kiasan tiga, kaedah usul fiqh pula. Antara anggota wudhuk adalah tangan sampai siku. siku termasuk tak? Lagi mudah, Kalau sapu lantai dari dinding ke dinding, dinding masuk tak? Berkira sangat. Yes, jika air tak ada atau cukup-cukup untuk minum saja lain pula situasi dan hukumnya. Jadi ihsan itu in my own word adalah that extra thing that you do lah.
Kiasan empat, Yuran RM 95. Alang-alang dah beri RM 50 dua keping, hadiah saja yang selebihnya. Tapi kalau rasuah tak kira hadiah pula orait.
Extra satu, kalau nak Allah cinta, buat 3 perkara ni:
- .
- Bercakap benar
- berbuat baik dengan orang berhampiran dengan kita.
Explanation nombor 3. Ada satu cerita orang tak kenal jiran sampai pencuri masuk rumah nampak macam jiran nak pindah rumah. Siap beri salam lagi. Bila jiran sebelah balik tanya nampak pencuri tak? Aik. ingatkan you pindah???
No comments:
Post a Comment
Comment and Critique