Wednesday, May 12, 2010

Kuliah Subuh Ustaz Rahmat: Lelaki pelindung wanita


intro - Surah An-Nisa' ayat 34

34. Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal Yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.

Ayat 34 surah An-Nisa' ni dengan jelas memberitakan bahawa kaum lelaki ini adalah pelindung wanita. period.

Dalam hadtih riwayat Bukhari dan Muslim pula (ni bukan word by word lah), wasiatkan dengan kebaikan tentang wanita, kerana perempuan dicipta daripada tulang rusuk, kalau nak diluruskan patah, kalau dibiarkan akan bengkok.

Lepas pada ayat ni, ustaz Rahmat story pula tentang nikah dan kahwin. katanya nikah ini selari dengan wanita dengan:
  1. Memenuhi kehendak fitrah wanita
  2. mengembangkan umat islam
  3. ketenangan jiwa (sakinah)
  4. menjaga keturunan/nasab

In short, lelaki dan wanita ini sama-sama melengkapi, wanita buat kerja yang sesuai dengan tabiat dia. tapi sekarang perempuan pun boleh buat apa lelaki boleh buat.

Gerakan feminisme melihat lelaki ni sebagai saingan. Tapi kalau Lelaki menang pun tak rasa bangga kalau dapat kalahkan wanita sebab they are suppose to be protected lah. e.g. lawan boxing lelaki lawan wanita. Mungkin lelaki buat-buat kalah bagi menang free saja or kalau menang sekalipun tak bangga pun nak mengaku sebab kalahkan perempuan. bereh?

Next, wanita sebagai pasangan hidup. Fitrah manusia ini Allah cipta wujud ketenangan Sakinah Mawaddah wa Rahmah (Sa-Ma-Ra). Berusahalah untuk mentarbiyah diri kita, dan tujuan perkahwinan yang suci perlu dipelihara, Mahkluk Allah, perempuan itu Allah amanahkan kepada lelaki.

Nauzubillah kepada lelaki yang melihat perempuan sebagai objek. Surah An-Nisa ayat 34 tadi men'stress'kan yang lelaki ini adalah pemimpin wanita. By design, lelaki adalah pemimpin. Ke ada yang buat ala-ala demokrasi dengan isteri dia, berunding siapa layak jadi pemimpin. Contoh, siapa gaji tinggi, dialah boss.

Baik, amanah untuk di jaga ini bukan sahaja selepas kahwin tetapi sebelum kahwin lagi. Godaan kuat untuk 'couple' memang tak di nafikan dan tak boleh di larang. Tetapi perbuatannya boleh! Behaviour we can control, but feelings cannot lah. Jika lelaki melihat wanita sebagai amanah, sudah pasti kita tak nak buat perkara buruk pada mereka. Sudah tentu kita defend mereka daripada menjadi mangsa!

Contoh lagi, time study week gini lah digunakan kesempatan untuk study bersama-sama, berjalan berpimpin tangan bersama-sama. Yang ustaz tangkap bukan saja tempat tertutup tapi depan masjid pun buat perkara tak senonoh. Beginilah, bila lelaki tidak melihat wanita sebagai bakal isteri. (kalau bukan isteri sendiri pun isteri orang)

Contoh lain, ustaz sebagai juru nikah banyak jumpa orang yang cepat-cepat bernikah sebelum/selepas terlanjur. Supaya tak nak lelaki lari. Fenomena terlanjur, mengandung, hamil or hit and run ini dianggap biasa. Lelaki boleh lah run, yang wanita ni nak run ke mana? bekas dah ada. Wanita seperti ini hilang rasa malu. Sebab itu Nabi Muhammad SAW tekan sangat-sangat rasa malu. Kalau tak malu, bahaya besar bagi wanita dan peluang besar bagi lelaki. Jadi dua-dua belah kena ada malu.

Semua wanita adalah ibu (ibu orang ke, ibu anak-anak kita ke). So, elakkan dieksploitasi! Kalau kena tahan dek pak gad balik jam 3 pagi. kena tegur sikit, lawan balik, ungkit hak kebebasan, tapi bila tanya Mak bapa suka tak? Tak! Walaupun parent non muslim. Why? Because nilai-nilai universal macam ni tak turun wahyu pun Allah sudah ilhamkan dalam diri manusia. Fitrah sebagai manusia (hamba Allah), melihat penzinaan itu masalah satu dunia. serata dunia tidak ada yang mengalakkan orang berzina walaupun bukan negara islam its call common sense.

Kesimpulan, letaklah diri kita ni (lelaki) sebagai pelindung, tak kisahlah bakal isteri kita ke isteri orang ke.

1 comment:

  1. setuju..

    tapi ramai juga yang lupa / buat-buat lupa..
    wanita disangka hanya sekadar objek

    objek melahirkan anak..objek nafsu..objek itu..objek ini..

    Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Abu Umamah,bahawa ada seorang pemuda datang kepada Rasulullah saw, seraya berkata:
    "Wahai Rasulullah saw,izinkan aku untuk melakukan zina",Maka sejumlah orang terus menghampiri pemuda itu dan memarahinya,mereka berkata,"Diam kamu!" Maka berkata Rasulullah saw, "Dekatkan lah pemuda itu (kepadaku)" Lalu beliau berkata kepadanya, "Duduklah!" Maka pemuda itu pun duduk. "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan ibumu?" tanya Rasulullah saw.Pemuda itu menjawab, "Demi Allah, tidak.Semoga Allah menjadikanmu sebagai tebusanmu" Rasulullah saw bersabda, "Begitu pula orang lain, tidak ada yang suka ibunya berzina dengan orang lain." "Apakah kamu suka seorang berzina dengan anak perempuanmu?" tanya Rasulullah saw.Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,yidak.Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu" Rasulullah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada orang suka anak perempuannya berzina." "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudari perempuanmu?" Tanya Rasulullah saw. Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikanku sbg tebusanmu".Rasulullah saw berkata,"Begitu pula orang lain,tidak ada orang suka saudari perempuannya berzina dengan orang lain." "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudara perempuan ayahmu?" tanya Rasulullah saw. Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu".Rasulullah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada yang suka saudara perempuan ayahmu berzina dengan orang lain." "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan dengan saudara perempuan ibumu?".Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikan ku sebagai tebusanmu" Rasulullah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada yang suka saudari ibunya berzina dengan orang lain" Lalu Rasulullah saw meletakkan tangan beliau keatas tubuh pemuda itu,sambil berdo'a:"Ya Allah ampunilah dosa-dosanya,bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya" Perawi berkata,"Setelah kejadian tersebut,pemuda itu tidak lagi menoleh kepada sesuatu apa pun (yang diharamkan).

    ReplyDelete

Comment and Critique