intro
Hari ni Ustaz Dawi mula bab baru iaitu Keutamaan menangis kerana takut dan mengharapkan Allah. Biasanya, kalau takut pada manusia kita akan lari jauh-jauh. Kalau boleh tak nak jumpa langsung. Tapi perasaan takut kepada Allah, mengajar kita semakin dekat dengan Allah. Sebab Allah Maha mengetahui apa dalam hati kita. Takut kepada Allah mengajak kita untuk melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
Outro
ada (7) Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah di hari kiamat:
- Pemimpin yang adil
- Remaja yang selalu beribadah (mana tahu tak sempat jumpa masa tua kan)
- Orang-orang yang hatinya terpaut di masjid (kaki sejid)
- Orang-orang yang cinta-mencintai kerana Allah. bertemu dan berpisah kerana Allah.
- Orang yang mengatakan "sesungguhnya Aku takut kepada Allah" ketika di rayu oleh perempuan bangsawan dan rupawan. (walk da talk one)
- Orang yang bersedeqah sampai tangan kiri tak tahu apa yang di sedeqah tangan kanan
- Orang yang menangis kerana takutkan Allah
Point-point penting
- Nabi Muhammad SAW suruh seorang sahabat ni baca Quran sebab Nabi Muhammad SAW nak dengar. Tapi orang tu bagitahu yang Quran ni diturunkan kepada engkau macam mana aku nak baca? Bacalah sebab aku ingin mendengar Quran itu dibacakan. sahabat tadi pun baca surah An-nisa' sampai ayat "saksi ke atas kaumnya" Nabi menangis.
- Nabi Muhammad SAW time dengar orang baca Quran pun boleh nangis. Punya lah lembut hati Nabi Muhammad SAW
- Suatu hari Jumaat ni, Nabi berkhutbah lain dari yang lain, Kalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Dengar ayat ni, sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW menangis selalu. Punya lah lembut hati sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW
- Kalau UTP lain pula ceritanya, siap complain lagi kat ustaz yang khutbah tu panjang sangat. dah ikut text nak buat macam mana?
- lepas tu timbullah pulak cadangan spontan saja ustaz tak payah text-text ni.
- Ustaz Ok ja, tapi nanti ada pihak lain pula complain khutbah mesti ikut text! (macam manalah nak memuaskan hati manusia ni? Sebab tak pernah puas kan)
- Ironiknya, orang yang complain tu orang yang jarang nampak ke masjid (Don't worry, esok start gi masjid. There's a first time for everything lah.)
- Dah tu Solat Jumaat datang lambat (berborak di belakang dan kat luar masjid). Student dengan cara dia. Staff pun dengan geng dia.
- Kalau kat masjid luar sana pula, berebut-rebut datang ke masjid awal. Kenapa? tak nak solat kat luar, panas! (Alhamdulillah ada aircond kat UTP, datang lambat pun masih teduh lagi kan.)
- Jom tengok ada perubahan ka solat Jumaat hari ni (macam la ada orang baca blog ni)
testing
ReplyDelete