Wednesday, April 21, 2010

Kuliah Subuh Ustaz Dawi Cahyono: Zuhud terhadap dunia (Siri 2)




Surah Al-Hadiid ayat 20

20. Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.


Surah At-Takathur ayat 1 hingga 5

1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat Dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -

2. Sehingga kamu masuk kubur.

3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya Yang buruk semasa hendak mati)!

4. Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya Yang buruk pada hari kiamat)!

5. Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (Apa Yang kamu akan hadapi) - Dengan pengetahuan Yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara Yang menjadi bekalan kamu untuk hari Akhirat).




Point-point penting
  1. Masih lagi sambung hadith hari ini, dan semakin menyerlah bukti yang mengaitkan orang miskin ni lebih cepat masuk syurga berbanding orang kaya selama 500 tahun. Dalam hadith lain 40 tahun.
  2. Nabi Muhammad SAW ketika bangun dari berbaring bawah pokok nampak bekas bekas tikar (dari pelepah kurma kot) belang-belang kat badan dia. Jadi sahabat-sahabat kat situ (sama-sama miskin) tawarkan nak beli tilam untuk nabi.
  3. Ada seorang sahabat ni khabar dia mencintai Nabi Muhammad SAW, sampai tiga kali repeat, lepas tu, Nabi Muhammad SAW beritahu yang orang yang cintai dia akan menghadapi kemiskinan lebih cepat lagi daripada air bah yang jatuh ke dalam jurang.
  4. Tapi, Nabi Muhammad SAW menolak, sebab dunia ini bukan untuk Nabi Muhammad SAW. Maknanya Nabi Muhammad SAW tak nak kejar dunia.
  5. Kalau Nabi Muhammad SAW nak kaya dah lama dah, dengan harta rampasan perang pun ada bahagian nabi, tapi kenapa masih miskin? Kerana kezuhudan Nabi Muhammad terhadap dunia.
  6. Hari tu (UTP masih lagi USM), ketika peralihan USM ke Transkrian, banyak tilam-tilam lebih yang tak nak di pakai. UTP tak nak, USM pun dah ada baru.
  7. Idea asalnya nak lelong saja tilam. Tapi takkan nak lelong tilam terpakai kan. Jadi ustaz cadangkan supaya di sedeqahkan kepada pondok-pondok, asrama anak yatim dan sewaktu dengannya. mereka setuju dengan syarat tiada melibatkan apa-apa kos.
  8. Sampai di Pondok Pak Teh, walaupun akan di bawa lori untuk dipilih tilam mana yang hendak, Pak Teh menolak kerana risau tilam yang selesa ini menjadikan pelajar-pelajar selesa sangat tidur sampai nak bangun pun susah.
  9. Jadi Ustaz cadangkan agar tilam ini di berikan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Pak Teh setuju, lagipun memang islam mengajar kita memuliakan tetamu.
  10. Ustaz sambung lagi, kalau orang miskin hanya 3 rukun islam saja wajib iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat 5 waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan tak wajib zakat malah golongan yang layak terima zakat lagi dan tak wajib mengerjakan haji
  11. Tapi zaman sekarang, perlu juga kepada kekayaan baru boleh keluar zakat, pergi haji, sedeqah jariah (ya ke akan sedeqah?).
  12. Kalau nak sedeqah ni kena train dari kecil, dulu time sekolah every week 50 sen, up sikit naik sekolah menengah every week RM 1, masuk Universiti up lagi every week RM 5, dah kerja esok-esok every week, RM 50? naik gaji, every week RM 100? dah pencen, RM 200?

No comments:

Post a Comment

Comment and Critique