Kalau anda pembaca blog ni (walaupun saya tahu sapelah nak baca), tentu anda dah sedia maklum yang saya takkan salin bulat-bulat apa kat dalam kitab Siyarus Salihin. Nak exact text bukak kitab la kat Masjid ada.
1. Di hari kiamat orang mukmin akan duduk dekat dengan Allah. Walaupun ada dosa (nobody's perfect) tapi dosa dia orang lain tak nampak dan pada hari kiamat Allah ampunkan dosa itu.
2. Seseorang datang dan mengaku kat Nabi Muhammad SAW yang dia telah cium seorang perempuan. lepas tu nabi kata Solatlah kamu di waktu pagi dan petang dan sebahagian malam. Dia tanya lagi, adakah hanya apply untukku? Tak. Untuk semua umatku.
3. Seseorang datang beritahu kat Nabi Muhammad SAW yang dia telah buat dosa. jadi jatuhkanlah padaku hukuman yang setimpal seperti yang ditetapkan Allah. Selepas itu masuk waktu solat dan orang tadi solat dengan Nabi Muhammad SAW. Habis saja solat dia tanya lagi, hukumlah aku dengan apa yang diperintahkan oleh Allah. Nabi Jawab, bukankah kamu sudah solat? Ya. Maka dosamu telah diampuni Allah (Nota: selain dosa besar, menduakan Allah, minum arak, judi, zina dan lain-lain)
Point-point penting:
- Allah akan hapuskan dosa orang mukmin (orang muslim belum tentu mukmin).
- Solat ni dapat hapuskan dosa. Jadi buatlah yang wajib dan banyakkan yang sunat
- Perbuatan baik akan menghapuskan perbuatan buruk. (kecuali dosa-dosa besar)
- Kalaulah setiap kali buat salah dapat SMS dari Malaikat. Alamat penuhlah Message dalam Handphone kita. Gmail dengan Yahoo Mail pun tak cukup nak tampung.
- Allah Maha Pengampun.
- Bertaubat ni mesti sungguh-sungguh. Ia berbeza sama sekali dengan 'Pause' dalam melakukan dosa. Sebab anytime boleh 'Play' balik.
boleh x banyakkan lagi peringatan2 nasihat2.. manusia ni kena selalu diingatkan.. :)
ReplyDelete