Thursday, August 13, 2009

Kunci, kunci dan kunci

Oleh Ahmad,
13 Ogos 2009

Kring, kring, kring
Bunyi kunci berdering-dering
di putar, di campak, di rasa
tetapi bentuk tidak berubah.

Keting, keting, keting
bunyi kunci berlaga-laga
di geser, di hentak, di raba
mencorakkan telefon dan seluar.

Kecing, kecing, kecing
bunyinya macam loceng
di lukis, di tulis, di guna
tetapi terlupa diletak di mana?


Ahmad: Kunci yang kecil dapat membuka pintu yang bersaiz lebih besar darinya!

Tidak mungkin sebuah kunci itu lagi besar dari pintu yang dipadankan dengan kunci tersebut. Kunci menjadi simbol keselamatan daripada pencuri. Namun, pencuri masih mampu melepasinya. Ia merupakan halangan pertama yang tidak dapat tidak di elakkan oleh pencuri yang menginginkan barang haram di sebalik pintu tersebut.

Namun, sekiranya si pemilik kunci menghilangkan kuncinya secara tidak sengaja seperti terjatuh atau tembus dari kocek seluar dan terjatuh daripadakeychain yang patah. mana mungkin kunci itu dapat terbuka dengan sendirinya untuk tuan empunya kunci.

Oleh sebab iu, kunci seharusnya di jaga dengan baik dan berhati-hati. Kehilangan kunci kereta umpamanya boleh membawa kepada penukaran keseluruhan sistem kunci untuk kereta berkenaan. Apatah lagi, kunci penduanya di letakkan sekali bersama kunci yang asli.

Pada sudut yang lain, penduaan kunci berulang-ulang kali dan membuat kunci pendua daripada kunci pendua mungkin membawa perubahan fizikal kepada kunci tersebut kerana ketidak tepatan mesin pendua berkenaan. Semakin banyak kunci pendua di penduakan dari kunci pendua, semakin berbeza kunci itu dari bentuk asalnya. Akibatnya, kemungkinan kunci baru itu tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Paling teruk, kunci itu tidak dapat berfungsi langsung! Ini, menambahkan lagi sebab mengapa kita perlu menjaga kunci dengan baik.

Sebagai penutup, marilah kita menjenguk pantun di bawah yang berkait paut dengan kunci dan perkaitannya dengan tutur kata dan hari akhirat.

Kunci hotel pakai kad,
Kunci rumah pakai solex,
Kunci mulut dengan adab,
Selamat dunia, akhirat relax.


2 comments:

  1. kisah kunci ini berkait rapat dengan seorang housemate di putravilla. Amik la pengajaran wahai pembaca sekalian.

    ReplyDelete

Comment and Critique