Oleh Utusan
Isnin, 18 Ogos 2008
IPOH: Pas akan terus memperkukuhkan pakatan pembangkang tetapi pada masa sama akan bermuqabalah dengan UMNO, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, Pas akan bermuqabalah dengan UMNO kerana ingin bertanya kenapa ia tidak mahu terima Islam secara syariat.
``Kita mesti teguhkan pakatan. Bermuqabalah dengan UMNO sebab nak tanya dia kenapa tidak terima Islam, itu saja,’’ katanya ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-56 di sini hari ini.
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Monday, August 18, 2008
Monday, August 11, 2008
"Menantu saya layak", Nik Aziz
Oleh Bernama
Isnin, 11 Ogos 2008
KB: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya unsur kronisme dalam pelantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), sebaliknya dibuat berdasarkan kelayakannya.
Beliau berkata, Ariff Fahmi Abdul Rahman yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan dipercayai mampu menjalankan tanggungjawab itu setelah CEO sebelum ini meletak jawatan.
"Jadi saya lantik bukan atas dasar menantu tetapi atas dasar kelayakan dia (Ariff Fahmi)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Rangkaian Perniagaan Muslim Antarabangsa Ketiga di sini, hari ni.
Nik Aziz berkata, beliau telah menjelaskan kepada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas sebab-sebab pelantikan menantunya itu.
Semalam media melaporkan mengenai beberapa pegawai Badan Pencegah Rasuah
(BPR) memasuki premis PMBK di sini untuk meneliti beberapa dokumen berhubung beberapa isu yang berbangkit termasuk salah guna kuasa.
Nik Aziz sebelum ini berkata beliau sedia disiasat oleh BPR sekiranya wujud unsur-unsur salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)