Showing posts with label paklah. Show all posts
Showing posts with label paklah. Show all posts

Monday, August 4, 2008

Rafidah letak jawatan

Oleh Utusan
Isnin, 04 Ogos 2008

KL: Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pertengahan tahun depan.

``Saya akan serahkan jawatan ini kepada Naib Ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Wanita UMNO Bersama Pemimpin yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Rafidah berkata, keputusan itu adalah bagi memastikan tiada pergolakan dan perpecahan dalam sayap parti itu pada pemilihan Disember ini.

``Pilihan ini dibuat bagi memastikan tiada pecah belah dan berpuak-puak dalam parti seperti yang berlaku satu ketika dahulu sehingga menyebabkan pihak pembangkang mengambil kesempatan,’’ katanya


Saturday, August 2, 2008

Antara Debat dan Demonstrasi

Oleh Bernama
Ahad, 03 Ogos 2008

DUNGUN: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan program debat sebagai platform bagi membincangkan serta menjelaskan pelbagai isu untuk difahami oleh rakyat.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu bukan sahaja dapat menjelaskan secara terperinci sesuatu isu berkenaan, malah dapat mengelakkan pihak-pihak tertentu daripada mengadakan protes atau demonstrasi yang boleh memburukkan keadaan.

Bagaimanapun, beliau berkata sama ada debat itu akan dijadikan program tetap bergantung kepada sejauh mana rakyat dapat menerimanya sebagai sebuah institusi atau gelanggang bagi menyatakan perbezaan pendapat terhadap sesuatu perkara tersebut.

"Ya (perkara ini akan dibawa ke Kabinet). Dulu debat ini dianjurkan oleh badan lain...bukan kerajaan. Di Amerika Syarikat, debat ini sudah menjadi sebuah institusi dalam masyarakat. Kalau (rakyat) nak tengok beberapa isu, mereka boleh lihat debat ini dan bertanya.

"Dalam konteks negara kita, perdebatan (yang diadakan baru-baru ini) adalah sebagai percubaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya, dekat sini hari Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan mencontohi Amerika Syarikat, yang menganjurkan debat bagi membolehkan rakyat mendapat penjelasan dan membuat penilaian terhadap sesuatu isu.

Pada 15 Julai lepas, Ahmad Shabery berdebat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tajuk "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" yang dianjurkan oleh Agendadaily di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen tempatan.

Ahmad Shabery berkata debat itu seharusnya dilihat secara positif oleh rakyat kerana ia lebih bertamadun berbanding demonstrasi.

"Pada masa debat (antara saya dan Anwar) rakyat tidak melihat secara positif institusi debat itu. Mereka lihat siapa menang atau kalah pada masa debat itu diadakan. Jadinya, kalau orang melihat tentang perkara itu, akan berlaku keadaan tidak terkawal di peringkat bawah," katanya.

Mengenai pengumuman kerajaan bahawa harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran purata bulanan minyak mulai 1 Sept ini, Ahmad Shabery meminta rakyat bersedia bahawa kehidupan mereka banyak ditentukan oleh kenaikan dan penurunan harga minyak dunia.

"Kerajaan akan terus terangkan mengenai perkara ini. Malah daripada maklum balas (sebelum ini akibat kenaikan harga minyak) rakyat semakin menerima kerana kenaikan itu adalah masalah global," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan semalam berkata harga runcit baru petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan.


"BN tidak akan menang" Annuar Musa

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ahad, 03 Ogos 2008

PAGI-PAGI lagi saya mendapat panggilan dari seorang kawan, Azman di Kuala Terengganu yang memberi tahu tentang pandangan Annuar Musa berhubung pilihan raya kecil Permatang Pauh yang bakal diadakan. Kawan itu bertanya pendapat saya berhubung pandangan Annuar mengenai hal itu.

Katanya menurut akhbar edisi Pantai Timur yang beliau baca Annuar dilaporkan berkata, BN tidak perlu menyertai pilihan raya kecil berkenaan kerana membazirkan masa dan wang saja. Menurut Annuar BN tidak akan menang.

Saya setuju seratus peratus dengan pandangan Pengerusi Kada berkenaan. Memanglah BN akan kalah dalam pilhan raya kecil Permatang Pauh.

Saya sudah membuat analisa awal, bahawa Anwar Ibrahim akan menang dengan mudah. Silap hari bulan kalau gerak kerja Pakatan Rakyat kemas dan perpaduan yang ada hari ini masih kental, mungkin majoritinya melebih apa yang pernah diraihkan Presiden PKR Dr Wan Azizah. Dalam pilihan raya umum lalu Wan Azizah menang dengan majoriti lebih 18,000.

Lagipun pengaruh antara Anwar Ibrahim dengan Annuar Musa beza seperti lembah dengan gunung.

Abdullah Ahmad Badawi pun semalam dalam ulasan ringkasannya berkata BN tidak akan beri kemenangan mudah kepada PKR. Maknanya, kenyataan itu menjelaskan BN akan kalah.

Hanya Muhyiddin Yassin saja agak kabur politik sedikit bila mana menyebut BN berpeluang untuk merampas kerusi berkenaan. Jalan mana Din?

Cakap Muhyuddin itu tidak lebih dan tidak kurang seperti orang yang baru bangun tidur, muka belum basuh dan mulut belum kerbumur tetapi sudah masuk bercakap! Mulalah wok...wek...wokk.. bunyinya.

Berbalik kepada pandangan Annuar Musa tadi ia nampak benar dan betul. Satu pandangan yang tepat dan tulus. Annuar kali ini berada dalam kerangka berfikir yang tepat dan tidak mengigau seperti Muhyuddin itu.

Annuar ini dalam membuat pandangan politik ada juga kadang kalanya yang boleh dipakai. Bagaimana pun banyak juga yang hampas!

Misalnya dalam pilihan raya lalu dalam bacaan beliau, beliau akan menang bila bertanding di kerusi Parlimen Ketereh. Apa lagi lawan Abdul Aziz Kadir yang beliau anggap budaknya yang senang dilahapnya.

Maka direbut kerusi Parlimen itu dari Md Alwi Che Amat dan dilemparkan Alwi ke kerusi DUN Kok Lanas. Menangis Alwi dibuatnya.

Tetapi Tuhan tidak merestui perbuatan "cas genting" begitu dan Tuhan nampak akan keikhlasan dan kesetiaan Alwi kepada kawannya itu.

Annnuar kalah ditangan Abdul Aziz Kadir sebaliknya Alwi menang di Kok Lanas. Kalau pertukaran kerusi itu strategi Annuar untuk meleburkan politik Alwi, terjadi sebaliknya.

Annuar juga ada kalanya seorang gentleman dan berani mengkritik tidak kira siapa. Tengku Razaleigh Hamzah pernah dikritik dan diperendahkannya.

Dalam saat orang Kelantan mengagungkan anak Raja itu beliau mengambil simpang lain meninggalkan anak Raja itu dan sedia bertuankan kepada Dr Mahathir. Dalam hal ini Annuar seolah tidak percaya kepada semangat Kelantanis!

Ironinya lagi, selapas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum ke-10 (1999) beliau mengkritik pula Dr Mahathir. Annuar secara terbuka dan dihadapan Mahathir mengatakan kekalahan BN itu ialah kerana Mahathir. Mahathir perlu bertanggungjawab katanya.

Perisitwa ini berlaku di rumah Mahathir. Beberapa hari selepas kekalahan teruk BN pada tahun 1999 itu Mahathir panggil beberapa orang menteri Kabinet datang ke rumahnya, termasuklah Annaur Musa juga hadir.

Secara dari hati ke hati Mahathir meminta pandangan jemaah menterinya itu kenapa BN kalah teruk dan apakah yang beliau harus lakukan.

Seorang demi seorang memberi pandangan dan pendapat masing-masing dengan alasan yang tidak sikit pun menyangkutkan batang tubuh Mahathir.

Tetapi bila sampai giliran Annuar tanpa berselindung dan segan silu beliau meletakkan kekalahan itu kepada Mahathir. Antara lain kata Annuar marfumnya; Datuk Seri sudah tidak relevan lagi, maka eloklah kalau Datuk Seri lepas jawatan Perdana Menteri.

Wah... terngagga khabarnya Mahathir dengan pandangan Annuar itu. Mahathir katanya tersinggung dan terkilan dengan pandangan Annuar itu.

Walaupun Annuar berkata dari lubuk hatinya, namun Mahathir tidak dapat menerima. Ego seorang Mahathir tidak boleh menerima bila kata-kata itu diluahkan secara berdepannya dan terkena ke atas batang hidungnya.

Peristiwa itu membutkikan keberanian Annuar dan menjadi ikon peribadi ketulusannya sebagai ahli politik.

Jadi berdasarkan peristiwa itu, pandangan beliau mengenai peluang BN dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh itu boleh dipercayai dan satu pandangan yang betul.

Annuar nampaknya membuat satu lagi kenyataan politik yang berani. Sudah pasti bagi pemimpin yang syok sendiri dan suka mendengar cerita BN menang akan marah kepada Annuar.

Bagaimana pun tahniah kepada Annuar. Kita berharap beliau akan terus bersikap gentleman dan bernai dalam membuat keputusan, dan berani berkata benar meskipun pahit.

Adapun begitu bagaimana sesuatu yang ada kaitan langsung dengan dirinya? Misalnya apakah beliau sedia menerima risiko atas sesuatu kekalahan kalau ianya langsung ada sangkut paut dengan dirinya? Mislanya kalau peluang sudah kabur untuk BN atau Umno menang sekiranya beliau terlibat, apakah beliau sanggup membuat muhsabah dan pembetulan?

Kita harap Annuar jangan bersikap dan bersifat double standard dalam hal ini.

Umum tahu Annuar sudah tiga kali kalah di kerusi Parlimen Ketereh. Pertama ialah tahun 1990 di tangan Muhammad Sabu. Kedua tahun 1999 ditangan Ustaz Muhammad Mustafa.

Dan ketiga pada 8 Mac lalu ditangan anak buahnya sendiri Abdul Aziz Kadir. Apakah dengan tiga kali kalah itu ia tidak boleh diletakkan tanggungjawab itu ke atas bahunya?

Kita tidak dengan apa-apa pandangan dan pengakuan ikhlas daripada Annuar mengenai kekalahannya secara hatric itu. Kalau setakat dua kali di kira ok. Kalah kali pertama boleh dikatakan tidak ada pengalaman.

Kalah kali kedua ialah kerana kesilapan. Dan kalah kali ketiga tentulah disebabkan diri kita tidak disukai dan ditolak oleh rakyat.

Sekiranya Annaur berpegang kepada prinsip berani, gentleman dan berterus terang tadi beliau seharusnya mengambil risiko atas kekalahan itu.

Kalau Mahathir beliau desak supaya berhenti kerana menjadi liabiliti kepada Umno, nah beliau juga seharusnya menyuruh dirinya sendiri berhenti daripada memegang jawatan ketua Umno di Ketereh.

Apakah beliau tidak sedar beliau sudah memegang jawatan lebih 30 tahun dan kini sudah menjadi liabiliti kepada bukan saja Umno Ketereh tetapi Umno Kelantan juga.

Apakah Annaur terlupa untuk membuat penilaian dan ulasan ke atas dirinya sendiri. Jangan kuman di seberang nampak, gajah yang menari-nari ronggeng di hadapan mata tidak kelihatan.

Kata arwah datuk saya dulu sebelum selak kain nak kencing tengah jalan perhatikan dulu kiri dan kanan takut-takut ada budak sekolah yang lalu lalang.

Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang


Friday, August 1, 2008

Tugu Negara tempat penyembahan berhala?

Oleh Mstar
Sabtu, 02 Ogos 2008

PERBUATAN bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin membuat kenyataan ini ketika mengulas tentang istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan semalam yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.

“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan," jelas Dr Asri.

Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.

"Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin," jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," katanya.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008).

Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, " Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan"