By Ahmad,
16 September 2009.
LAGU MULA CERITA
Are you ready kids?
Aye aye, Captain!
I can't here you!
AYE AYE CAPTAIN!!!!
Ooohhh...Who lives in a pineapple under the sea?
SPONGEBOB SQUAREPANTS!!!
Absorbent and yellow and porous is he!
SPONGEBOB SQUAREPANTS!!!
If nautical nonsense be something you wish...!
SPONGEBOB SQUAREPANTS!!!
Then drop on the deck and flop like a fish!
SPONGEBOB SQAUREPANTS!!!
SPONGEBOB SQUAREPANTS! SPONGEBOB SQUAREPANTS! SPONGEBOB SQUAREPANTS!
SpoongeBob SquaaarePaaants!
Vespa merah: menawan, tetapi banyak kisah suka duka di sebaliknya. (abaikan no. plate tersebut)
SABUN KIWIS KLEEEN VS LUX-or
Suatu hari, ketika Spongebob mandi pagi sebelum ke Krusty Crab, dia terlupa untuk mengeringkan dirinya selepas bersabun. Oleh sebab sudah terlambat untuk ke restoran paling terkenal di Bikini Bottom itu, dia terus pergi dalam keadaan sabun masih berada di dalam dirinya.
Spongebob pun terus berlari berlari dan berlari, sehingga akhirnya sampai juga di Krusty Crab tepat jam 7.30 pagi. Tanpa melengahkan masa, dia terus membersihkan lantai resotran tersebut dengan mop. Memang sudah menjadi tugasnya untuk mengemop lantai terlebih dahulu sebelum pelanggan pertama tiba di restoran.
Namun pada pagi itu, disebabkan constraint masa Spongebob sudah terlambat untuk membancuh sabun pencuci lantai yang biasa dia gunakan, Kiwis Kleeen. Dengan menggunakan pemikiran sebagai seekor sponge, dia terus menggunakan dirinya sendiri untuk mengemop lantai tersebut. Ternyata sabun mandi LUX-or yang dia gunakan memberikan seri yang lebih kepada lantai tersebut. Maklumlah, pHnya yang seimbang.
VESPA MERAH
Pada masa yang sama pula, Encik Crab masih lagi dalam perjalanan ke Krusty Crab dengan Vespa Kaput kesayangannya yg berwarna merah. Hmm, sebenarnya Vespa Kaput merah ini ada sejarahnya yang tersendiri. Untuk memendekkan kisah ini , saya telah membuatnya dalam point form seperti di bawah, dan ianya mengikut kronologi:
• Nama Model : Vespa 90 SS model of 1965
• Warna : Merah
• Pemilik Asal : Bakhil bin Kedekut
• Pemilik Kedua : Encik Crab
• Sejarah Pertukaran Hak milik: Bakhil terlupa sendal batu pada tayar vespa ketika menaiki bukit Bikini Bottom menyebabkan vespa bergolek ke dasar Bikini Bottom di belakang kedai Krusty Krab ketika Encik Crab sedang mengira duit syiling hasil dari mesin vending yang di mainkan oleh Squidword yang selalu kalah tetapi tidak pernah putus asa. Maka, servis bertukar tangan dari bakhil kepada Encik Crab.
Berbalik kepada cerita asal, memang tidak dapat dinafikan bahawa, antara sebab spongebob terpaksa mencuci restoran tersebut dengan menggunakan dirinya adalah berpunca dari keterdekutan Encik Crab untuk mengeluarkan belanja membeli Kiwis Kleeen.
KRABBY PATTY
Di sebabkan kesuntukan masa dan saya ingin menerbitkan cerpen ini secepat mungkin, maka kita tidak akan menyentuh babak spongebob bersama Krabby Patty di dalam dapur restoran Krusty Krab.
BALIK KERJA
Di penghujung hari tersebut, Spongebob dan Squidword pulang ke rumah masing-masing. Ketika itu spongebob sudah menjadi kotor akibat mengemop lantai menggunakan dirinya pagi tadi. Namun, kesan kotornya semakin ketara selepas sabun LUX-or tadi kering sepenuhnya dari spongebob.
Pada malam harinya, ketika spongebob ingin mandi dan membersihkan dirinya, dia cuba menungging dan memicit sabun LUX-or tapi seolah-olah ada sesuatu tersekat. Selepas diguntingnya bekas sabun tersebut, rupa-rupanya sabun LUX-or tadi dah abis.
Spongebob pun kehairanan, kerana sabun LUX-or tersebut baru saja dibelinya semalam, dan pertama kali digunakan pada pagi tadi. Tamat. (baca kesimpulan untuk tahu kenapa)
KESIMPULAN
1. Pastikan bilas sabun mandi anda sepenuhnya selepas bersabun
2. Pergi awal ke pejabat supaya mempunyai masa yang mencukupi untuk mandi dan membilas sabun
3. Pastikan sampai awal ke pejabat sebelum bos anda.
4. Pastikan anda memanfaatkan point-point ringkas dalam membuat nota (bukan menggunakan ayat buku teks)
5. Jangan kedekut lagi bakhil! Wang anda adalah apa yang anda belanjakan dan bukan wang yang anda simpan. Kenapa? Belum tentu wang yang anda simpan boleh jadi wang anda kerana ajal bila-bila masa saja.
6. Bekerjalah bersungguh-sungguh dalam apa saja kerja yang anda dipertanggungjawabkan walaupun ia mudah. (seperti squidword dan mesin vending Encik Crab)
7. Pastikan anda pulang dari kerja tepat pada masanya.
8. Dan mandi selepas seharian bekerja untuk menyegarkan badan anda dan orang sekitar anda di waktu malam.
9. Sedarilah kelemahan dan kekuatan diri anda! (seperti sponge, bagus digunakan untuk mencuci tapi menyerap begitu banyak sabun sehingga terlalu cepat habis dan kering)
BEDAH SIASAT DARI KESIMPULAN
1. Jangan rendam sponge ke dalam bekas sabun dan meninggalkannya sepanjang hari. Especially sabun basuh pinggan.
No comments:
Post a Comment
Comment and Critique