Friday, July 25, 2008

TIADA KHUSYUK TAWADUK MEWAJIBKAN SEKSA

Kata Imam Ghazali rahimahullah taala maksudnya dibandingkan orang sembahyang dengan kaifiat sembahyang zahir jua, bermakna sempurnakan syarat rukun sunat-sunat jua, dan lalai daripada sembahyang batin bermakna tidak khusyuk tawaduk dan lain, seperti seseorang hadiah kepada raja besar satu perempuan yang sangat molek daripadanya, tetapi mati tiada roh baginya.


Dan dibandingkan orang tidak sempurna sembahyang zahir bermakna tidak sempurna dan tidak elok rukun dan sunat-sunat, seperti seseorang hadiah kepada raja besar satu perempuan tetapi tiada kepala kaki tangan dan dua mata telinganya.

Maka apabila balasan raja dua orang itu, tentu dibalas akan seksaan serta merta. Lebih lagi orang menghadiahkan sembahyangnya kepada tuhan raja sekalian raja, dengan tidak sempurna sembahyang zahir, atau sempurna sembahyang zahir tapi sembahyang batin tidak sempurna. Maka lebih lagi tuhan membalas di atas mereka itu, iaitu mewajibkan seksa, maka takutlah mu kepadanya daripada mati mu.


No comments:

Post a Comment

Comment and Critique