Tuesday, September 23, 2008

"Cacat sebab merempit dan mercun jadi atlet", Jeanne

Oleh Bernama
23 September 2008

SUNGAI PETANI: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah mencadangkan agar kanak-kanak yang cacat akibat bermain mercun dan mat rempit yang cacat kerana nahas jalan raya tetapi berbakat dalam sukan disenaraikan sebagai atlet paralimpik.

Dengan ini, katanya, negara akan mempunyai lebih ramai atlet Orang Kurang Upaya untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

"Semasa saya berada di Beijing bagi menyaksikan Sukan Paralimpik baru-baru ini, saya telah melihat banyak perkara yang boleh kita lakukan, dan walaupun atlet kita ada sedikit sahaja tetapi kita mampu masuk sehingga ke pusingan akhir," katanya pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri sempena program Semai Bakti Kedah di sini hari ini.

Katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh menguji bakat kanak-kanak yang cacat akibat bermain mercun dan mat rempit yang cacat akibat kemalangan bagi mengenal pasti bidang sukan yang boleh mereka sertai.

"Kanak-kanak OKU merupakan anugerah yang istimewa walaupun mempunyai kekurangan dari segi fizikal namun saya percaya mereka mempunyai bakat tersendiri yang tidak ada pada orang biasa," katanya.

Jeanne juga menggesa orang ramai menjadi sukarelawan bagi membantu program pemulihan OKU di negara ini.


No comments:

Post a Comment

Comment and Critique