Tuesday, September 23, 2008

Ulama kecam fatwa budak perempuan 9 tahun boleh nikah

Oleh AFP,
23 September 2008

RABAT (Maghribi): Badan ulama tertinggi Maghribi kelmarin mengutuk seorang ulama kerana mengeluarkan fatwa budak perempuan semuda sembilan tahun boleh dinikahkan.

Dalam satu kenyataan, Majlis Tertinggi Ulama Maghribi 'mengecam penggunaan agama untuk menghalalkan perkahwinan budak perempuan berusia sembilan tahun'.

Sheikh Mohamed Ben Abderrahman AlMaghraoui awal bulan ini berkata perkahwinan budak perempuan sembilan tahun dibenarkan Islam kerana seorang isteri Nabi Muhammad saw berusia itu semasa dinikahi beliau.

Majlis tertinggi ulama itu menyifatkan fatwanya sebagai 'penghasut dan pengeliru'.

Seorang peguam , Mourad Bekkouri, telah memfail satu aduan terhadap Sheikh Maghraoui dan fatwanya, yang disifatkannya mencemari hak asasi kanakkanak.


No comments:

Post a Comment

Comment and Critique