Sunday, September 21, 2008

Mari Memasak!

Oleh Ahmad,
Isnin, 22 September 2008

Memasak memang seronok, apetah lagi dengan sahabat-sahabat serumah, namun sedarkah kita tanggungjawab selepas memasak?



Lihat sahaja gambar di atas, sudah pasti menjadi kebiasaan kepada golongan pemasak, Sebelum boleh di goreng sesuatu bahan, minyak hendaklah di panas terlebih dahulu. Namun sudahkah minyak itu dibersihkan? Mari kita sama-sama menyaksikan minyak yang sama seperti gambar di atas, cuma di besarkan sahaja, jangan terkejut ya.





Lipas! Adakah pemasak sedar ada lipas di dalam minyak ini? sudah tentu ya!, kerana minyak ini sudah berada dalam keadaan statik sejak minggu lepas! Namun apakah tindakan pemasak ketika itu? adakah:

1. Ah! biarkan Makcik Cleaner yang uruskan, tugas aku belajar saja.

2. Tak apa, nanti adalah sahabat-sahabat yang bersihkan.

3. Ada lipas, so what?

4. Minyak masak aku dah masuk lipas, ini dah kotor, aku kena bersihkan. Silap haribulan, ada sahabat aku yang terpakai minyak kolam lipas ni, aku yang bersalah.

Berdasarkan jawapan yang diberi, sudah pasti nombor 4 menjadi pilihan secara teorinya, namun secara praktikalnya jauh sekali! Sebak di hati pengarang melihat suasana ini di House sendiri, bukannya tidak diberi peringatan (Tazkirah) dan semestinya bukan kali pertama.

Sekiranya situasi yang sama berlaku di kampung, sudah pasti kitalah orang nombor satu yang akan membersihkannya, tidak kira anak sulong atau bongsu. Atau, mungkin juga kita membiarkan kerja yang remeh ini kepada Mama atau Abah kita? Tepuk dada dan tanyalah akal pemikiran yang waras! Kerana itulah yang membezakan kita dengan makhluk Allah yang lain (contoh: Lipas, cicak dan lembu).

Seperti biasa, berkat tarbiyah Mama dan Abah pengarang (adab selepas makan ialah mencuci. orang melayu memang penuh dengan adab, terutamanya bab bermasyarakat). Pengarang sekali lagi berjaya membersihkan dapur, walaupun membiarkan minggu lepas sebagai tempoh masa untuk melihat sendiri samada pemasak itu ingin membuat pilihan nombor 4.

Sejurus sahaja selepas pengarang mencuci segala yang tertera di bawah. Muncul pula pemasak Y untuk menggunakan dapur. Minyak di tuang ke dalam kuali yang baru sahaja di cuci, kuning bersih minyaknya, tanpa pemandangan lipas berenang-renang di dalamnya. Dengan harapan pemasak Y akan memilih pilihan nombor 4 kerana pengarang baru sahaja menunjukkan contoh bagaimana pilihan 4 dilaksanakan, namun kecewa bertimpa-timpa.

Tapi jangan risau, bertenang. Kerana hari ini baru sahaja bermula, mana tahu niat pemasak Y hendak mencucinya sebelum ke kelas, selepas kelas, sebelum Zohor, selepas Zohor, sebelum Asar, selepas Asar, sebelum berbuka, selepas berbuka, sebelum Isyak, selepas Isyak, sebelum tidur, atau sebelum digunakan semula dengan harapan lipas dah pandai, minyak bukan tempat lipas berenang, ni kan bulan puasa, nanti batal puasa lipas tu.

Tujuan posting ini di buat bukan untuk memalukan mana-mana pemasak atau pun housemate, tetapi lebih kepada kesedaran menyeluruh bahawa kebersihan itu sebahagian dari islam itu sendiri, tidak boleh tidak dipisahkan dari kehidupan kita seharian. Kita semua sudah dewasa, untuk dilayan sebagai seorang dewasa, act like one! Semua dah panjang lebar, boleh fikir mana baik dan mana yang buruk, dah boleh jadi suami orang pun. Minta maaf dan terima kasih kerana membaca. Pengarang harap pembaca mendapat sesuatu yang positif untuk posting kali ini.

cicak didalam bekas kek batik buatan
bekas kuih raya yang sudah habis
penuh! namun masih boleh di sumbat-sumbat


4 comments:

Comment and Critique