Wednesday, August 6, 2008

Anwar dibenar ikat jamin RM20,000

Oleh Utusan
Khamis, 07 Ogos 2008

KL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohd. Saiful, 23, antara 3.01 petang hingga 4.30 petang 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.

Kesnya akan disebut semula di mahkamah yang sama pada 10 September depan.


No comments:

Post a Comment

Comment and Critique